Monday 24 November 2014

Pertanyaan dan Makluman

Sebarang pertanyaan mahupun makluman daripada tuan / puan, ibu bapa dan penjaga bolehlah menghubungi kami di alamat email ini:

kafatps@gmail.com


Sunday 23 November 2014

Hari Cenderahati Pelajar Cemerlang 2014 (21.11.2014)

Ketua Guru menyampaikan ucapan kepada murid sesi pagi




Penyampaian cenderahati kepada murid yang cemerlang dalam persekolahan sesi 2014








Murid Cemerlang sesi petang





Bacaan Doa oleh pelajar tahun lima, Afnan Hakim bin Mohd Hafeez




Ucapan Guru Penolong Kanan kepada para pelajar sesi petang



Persembahan Pelajar Tahun Enam 2014



Gambar kenangan murid Tahun Enam 2014 (PSRA)



 Gambar kenangan murid Tahun Lima, 2014 (UPKK)



Friday 21 November 2014

Keutamaan Hari Jumaat

Daripada Abu Hurairah R.hu, sesungguhnya telah bersabda Nabi SAW:

Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari jumaat. Pada hari ini diciptakan Adam, pada hari ini dimasukkannya ke dalam syurga dan pada hari ini juga dikeluarkan Adam dari nya. (Selanjutnya) tidak akan berlakunya as sa'ah (hari kiamat) kecuali pada hari jumaat.

Hadits direkodkan oleh Imam Muslim dalam Shahihnya.

Hari Pendaftaran Pelajar Baru & Pembayaran Yuran 2015

 KAFA INTEGRASI TAMAN PELANGI SEMENYIH
D/A: SURAU ASY SYAKIRIN, FASA 6&7, JALAN TPS 4/5, 43500 SEMENYIH,
SELANGOR DARUL EHSAN. NO. TEL: 03 8723 5257
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada :

SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID LAMA (2014) & BARU (2015)
KAFA INTEGRASI TAMAN PELANGI SEMENYIH                                                        21.11.2014

Tuan / Puan

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU DAN PEMBAYARAN YURAN PERSEKOLAHAN SESI 2015

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada tuan / puan perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Pendaftaran Pelajar Baru dan Pembayaran Yuran Persekolahan Sesi 2015, akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

                        TARIKH        :    02.01.2015                                                                                                                 HARI              :   JUMAAT
                   MASA             :   8.00 am – 11.30 am
                   TEMPAT       :   KELAS KAFA INTEGRASI TAMAN PELANGI SEMENYIH

3.         Butiran dan jumlah yuran adalah sepertimana yang dilampirkan bersama-sama surat ini dan tuan / puan boleh membuat bayaran secara tunai kepada guru kelas anak tuan/puan.

4.         Sekian untuk makluman tuan/puan. Kerjasama dan perhatian yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas ,


--------------------------------
Azrul Nizam bin Ramli
Ketua Guru Kafa Integrasi
Taman Pelangi Semenyih

Thursday 20 November 2014

Berita Sekolah Nov. dan Dis. 2014





 KAFA INTEGRASI TAMAN PELANGI SEMENYIH
D/A: SURAU ASY SYAKIRIN, FASA 6&7, JALAN TPS 4/5, 43500 SEMENYIH,
SELANGOR DARUL EHSAN. NO. TEL: 03 8723 5257
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada
Ibubapa / Penjaga murid         

BERITA SEKOLAH                                                                                19.11.2014

Berikut dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga berhubung perjalanan sekolah dalam bulan November dan Disember 2014

BIL
PERKARA

TARIKH
TINDAKAN / CATATAN
1.1
CUTI AKHIR TAHUN PERSEKOLAHAN

22.11.2014 -31.12.2014


- Semua murid bercuti selama 40 hari

1.2

CUTI TAHUN BARU
01.01.2015 (Khamis)

1.3
HARI PENDAFTARAN PELAJAR DAN PEMBAYARAN YURAN PERSEKOLAHAN SESI 2015

02.01.2015
(Jumaat)
- Semua Ibu Bapa dan penjaga hendaklah hadir untuk menjelaskan bayaran yuran bagi sesi persekolahan 2015 pada ketetapan berikut:

Masa : 8.00 am – 11.30 am
Tempat : Kelas Kafa, di Surau As Syakirin

- Senarai maklumat pembayaran yuran  boleh dirujuk di blog sekolah di alamat, kafatps.blogspot.com

1.4
PERSEKOLAHAN SESI 2015 BERMULA
05.01.2015
(Isnin)
- Murid Tahap Satu = 7.30 am – 10.40 am
(Tahun 1,2 dan 3)

- Murid Tahap Dua = 2.30 pm – 5.40 pm
(Tahun 4,5 dan 6)


2.         Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan/puan amatlah dihargai. Segala maklumat tambahan, atau perubahan program , tarikh dan masa , maka kami akan memaklumkannya kemudian. Sekian Terima Kasih.

Saya yang menjalankan tugas.   

--------------------------
Azrul Nizam bin Ramli
Ketua Guru Kafa TPS