Monday 29 December 2014

Hari Pendaftaran Pelajar Baru & Pembayaran Yuran 2015


 KAFA INTEGRASI TAMAN PELANGI SEMENYIH
D/A: SURAU ASY SYAKIRIN, FASA 6&7, JALAN TPS 4/5, 43500 SEMENYIH,
SELANGOR DARUL EHSAN. NO. TEL: 03 8723 5257
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada :

SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID
KAFA INTEGRASI TAMAN PELANGI SEMENYIH                                             21.11.2014                

Tuan / Puan

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU DAN PEMBAYARAN YURAN PERSEKOLAHAN SESI 2015

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada tuan / puan perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Pendaftaran Pelajar Baru dan Pembayaran Yuran Persekolahan Sesi 2015, akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

                        TARIKH        : 02.01.2015 (Jumaat)             
                        MASA            : 8.00 am – 11.30 am
                        TEMPAT       : KELAS KAFA INTEGRASI TAMAN PELANGI SEMENYIH

3.         Butiran dan jumlah yuran adalah sepertimana yang dilampirkan bersama-sama surat ini dan tuan / puan boleh membuat bayaran secara tunai kepada guru kelas anak tuan/puan.

4.         Sekian untuk makluman tuan/puan. Kerjasama dan perhatian yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas ,


--------------------------------
Azrul Nizam bin Ramli
Ketua Guru Kafa Integrasi
Taman Pelangi Semenyih